Posts

Showing posts with the label Tips

Langkah Bestari Suami Mithali Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Image
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ? 6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa ser

Tips Bakar Kalori Masa Cuti Hujung Minggu

Image
Selagi kita tak malas dan punya keinginan yang kuat, tentu sahaja aktiviti membakar kalori ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara tak langsung, bukan sahaja kesihatan kita menjadi lebih baik, bahkan rumah kita pun jadi lebih bersih! Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan diri bagi membantu mengurangkan kelebihan lemak dan gula dalam badan. Bermakna buat kerja-kerja rumah pun kita boleh jadi kurus! ANTARA AKTIVITI MEMBAKAR KALORI YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI RUMAH 1. MENGEMOP LANTAI Aktiviti ini bagus untuk menguatkan bahagian atas dan bawah badan. Mula-mula kita kena selesaikan kawasan yang paling teruk atau kotor sekali terlebih dahulu sebelum berpindah untuk membersihkan bahagian yang tak berapa kotor. Posisi merangkak sewaktu kita mengemop lantai yang dilakukan secara berterusan selama 30 minit dikatakan mampu membakar 200 kalori. Bayangkan kalau rumah kita dua atau tiga tingkat, dah berapa banyak tu kalori kita yang terbakar pada cut

Kesan 5 Jenis Rempah-ratus Yang Mampu Mencegah Sel-sel Kanser Daripada Terus Merebak

Image
BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER: KUNYIT Kunyit mengandungi antioksidan iaitu curcumin. Ia dikatakan mampu mencegah penyebaran sel kanser ke seluruh badan. Khasiat kunyit sebagai pencegah dan penawar beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kulit, kanser usus besar dan kanser prostat. Selain itu, kunyit juga dikatakan mampu menjaga kesihatan hati dan meningkatkan pengeluaran bilirubin oleh kelenjar hempedu. Ia baik untuk mencegah batu hempedu. Di samping itu, kunyit juga baik untuk kesihatan jantung kerana dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. HALIA Halia adalah antara rempah ratus yang biasa digunakan sebagai bahan masakan, minuman dan ubat-ubatan. Halia mengandungi vitamin A, B, C,E ,magnesium, fostor, sodium, kalsium, zink, beta karoten dan antioksidan yang mampu membantu mencegah sel kanser. Selain memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser usus besar

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk

Image
Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering Rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit . Bukannya makanan punca penyakit. Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan quercetin galangin. Selain itu, lengkuas juga mengandungi anti-inflamasi dan anti-oksidan yang dapat mengurangi risiko peradangan tertentu. Pakar dari Korea telah mendapati bahawa zat yang terkandung dalam lengkuas mampu menghapuskan oksida nitrat (NO) dan penghasilan lipopolisakarida (LPS). Jadikan lengkuas sebagai tanaman wajib dii rumah. MANFAAT LENGKUAS TERHADAP KESIHATAN 1. Memberikan rasa selesa di perut Lengkuas d