Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk

Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat.

Lengkuas tua.

Lengkuas kering


Rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit. Bukannya makanan punca penyakit.

Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan quercetin galangin.

Selain itu, lengkuas juga mengandungi anti-inflamasi dan anti-oksidan yang dapat mengurangi risiko peradangan tertentu.

Pakar dari Korea telah mendapati bahawa zat yang terkandung dalam lengkuas mampu menghapuskan oksida nitrat (NO) dan penghasilan lipopolisakarida (LPS).


Jadikan lengkuas sebagai tanaman wajib dii rumah.

MANFAAT LENGKUAS TERHADAP KESIHATAN


1. Memberikan rasa selesa di perut

Lengkuas dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa di perut yang disebabkan oleh peradangan, sembelit, kembung atau penyakit lain.



2. Meredakan suhu panas

Lengkuas mengandungi analgesik dan antipiretik yang dapat membantu mengurangi rasa sakit seperti demam dan dapat mengurangi infeksi akibat bakteria dan virus. Selain itu, pangkal lengkuas ini dapat memerangi in vitro pada banyak bakteria patogen seperti anthrax bacillus, hemolitik streptokokus dan pelbagai strain staphylococcus.



3. Kurangkan masalah pernafasan
Lengkuas dapat menjadi penawar kepada infeksi saluran pernafasan seperti bronkitis dan batuk.



4. Menjaga kesihatan mulut

Ekstrak akar lengkuas boleh digunakan sebagai ubat kumur dan dapat mengurangkan radang gusi dan radang lainnya di mulut dan batang tenggorok. Oleh itu, ia dapat digunakan untuk menghilangkan bau mulut (halitosis).



5. Mengurangi risiko kanser

Sebuah artikel dalam DrAxe.com menunjukkan bahawa lengkuas mengandung galangin. Galangin terbukti memiliki anti-oksidatif untuk memusnahkan radikal bebas. Selain itu, lengkuas juga memiliki kandungan minyak esential. Para pengkaji telah menunjukkan minyak esential ini mempunyai kadar penyerapan pada kulit yang lebih tinggi.



6. Menurunkan lipid

Kandungan flavonoid utama yang ada di lengkuas seperti galangin, quercetin dan kaempferol bisa boleh menghapus asid lemak tepu. Kepada yang ingin langsing boleh amalkan ini.



7. Dapat menurunkan risiko reumatik

Di negara-negara Timur Tengah, lengkuas digunakan sebagai bahan ramuan untuk mengubati reumatik dan arthritis.



8. Meningkatkan Kesuburan

Akar lengkuas telah terbukti berguna dalam menggalakkan kesuburan lelaki. Dengan menggunakan tikus, penyelidik di Iran mendapati bahawa ia meningkat jumlah sperma dan motility.

Satu kajian di Denmark yang menguji kesan rhizome lengkuas yang dicampurkan dengan ekstrak buah delima terhadap sperma lelaki manusia yang sihat. Penyelidik mendapati bahawa bilangan sperma telah meningkat sebanyak tiga kali ganda jumlah plasebo.



9. Mengurangkan gejalan Amnesia

Amenisia / Dementia/Alzheimer disease (AD) atau nyanyuk adalah penyakit yang sering dialami oleh orang yang lebih berusia. Salah satu sebab kenapa lengkuas baik untuk AD ialah kandungan acetylcholinesterase (AChEl) inhibitor yang ada di dalamnya. Ia dapat merangsang semua sel-sel otak agar berhubung kerana orang yang mengalami AD sel-sel otaknya tidak berhubung.



LENGKUAS LAWAN KANSER
Kajian menunjukkan bahawa lengkuas berpotensi melawan kanser. Manfaat kesihatan yang paling menarik daripada lengkuas yang ditemui oleh badan penyelidikan saintifik adalah keupayaannya untuk melawan beberapa jenis kanser dan tumor.



Kanser perut

Pada tahun 2014, kajian di Iran mendapati bahawa ekstrak cecair lengkuas telah memusnahkan sebilangan sel-sel kanser perut dalam ujian makmal dalam tempoh 48 jam. Penemuan ini disifatkan sebagai menakjubkan.


Leukemia

Para penyelidik Jamaica mendapati bahawa lengkuas mampu menjadi penawar yang berpotensi untuk leukemia. Sel-sel akut leukemia monocytic dapat diperangi oleh cecaor lengkuas tanpa merosakkan sel-sel yang lain. Tidak seperti kemoterapi yang menjejaskan sel-sel sihat.

Walau bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat permulaan. Banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk melihat kesan ekstrak ini pada sel-sel sihat sebelum mengujinya kepada haiwan dan manusia.


Melanoma

Penyelidik di Taiwan mengkaji kesan tiga sebatian dari akar lengkuas pada sel-sel melanoma manusia (kanser kulit). Ketiga-tiga sebatian tersebut mempunyai kesan “antiproliferative”, bermakna sel-sel kanser itu terhenti pertumbuhannya.


Kanser pankreas

Satu kajian yang dikeluarkan pada tahun 2017 dengan menguji pelbagai sebatian daripada lengkuas di makmal dan kesannya terhadap sel-sel kanser pancreas. Kajian mendapati bahawa sel-sel baru kanser tidak tumbuh dan ini bererti tidak ada lagi berlaku pengembangan kanser.


Kanser kolon

Kajian buat kali pertama kesan lengkuas terhadap sel-sel kanser kolon manusia telah dilakukan pada tahun 2013. Saintis mendapati ia menyebabkan apoptosis (kematian sel) pada dua jenis sel kanser usus besar.


Kanser payudara

Pada tahun 2014, sebuah universiti Iran mendapati bahawa ekstrak lengkuas melahirkan apoptosis dalam garis sel kanser payudara manusia, MCF-7, tetapi tidak merosakkan sel-sel payudara yang sihat, MRC-5.

Kajian lebih terperinci telah dilakukan oleh universiti perubatan di China dengan menggunakannya dalam rawatan kanser untuk membunuh sel-sel kanser payudara tanpa menjejaskan sel-sel sihat.


Kanser Hati (hepatik)

Salah satu menjadi sebab mengapa kanser mempunyai kesan yang begitu buruk kepada tubuh badan manusia ialah berkaitan dengan cara ia merebak atau “metastasizes” kepada organ-organ lain.

Hal ini terutama berlaku dengan kanser hati. Satu kajian di Taiwan pada 2015 menyiasat kesan lengkuas sebatian yang diekstrak pada sel-sel HepG2 (sejenis kanser hati) mendapati bahawa sebatian semula jadi menurun atas kehendak metastasis dengan menghentikan sel-sel kanser daripada melekat kepada sel-sel sihat yang lain.


CARA PENGAMBILAN LENGKUAS

Untuk mendapatkan khasiat lengkuas amat mudah. Kita di Malaysia ini amat bertuah kerana kebanyakan resipi masakan kita menggunakan lengkuas. Masukkan sahaja beberapa hirisan lengkuas dalam sup, kuah atau tom yam. Anda boleh kisar bersama rempah ratus yang lain juga.


Lengkuas muda lebih lembut dan sedap serta boleh dimakan dalam resepi sambal.

Lengkuas muda.

Jika anda gemar minum teh, anda boleh cuba teh lengkuas. Ambil beberapa hirisan lengkuas segar atau lengkuas kering dan rendam di dalam air panas sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian bolehlah diminum. Boleh tambah hirisan limau dan sebatang serai jika suka.


Lengkuas juga boleh didapati dalam bentuk kapsul dan ada yang dicampur dengan halia. Jika anda ingin menjadikannya sebagai supplemen, anda boleh ambil 100mg dua kali sehari.

Comments

Popular posts from this blog

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan