Panduan Legakan Rasa Marah

Related image 


Tarik Nafas Dalam-Dalam - setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal. 

Mengingatkan Diri Anda Sendiri - seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif. 

Fikirkan Sesuatu Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira - sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda. 

Keluar Daripada Situasi Kemarahan - pemikiran seseorang yang sedang berada di dalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus di dalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba cari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti berwuduk, mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.


Comments

Popular posts from this blog

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk