7 Punca Badan Cepat Letih

Berikut beberapa punca badan cepat letih:

punca badan cepat letih


1. Tidak Cukup Tidur

Tubuh kita memerlukan tujuh atau lapan jam sehari untuk tidur. Jika badan terasa terlalu letih dan mengantuk boleh jadi kerana kualiti dan kuantiti tidur kita tidak mencukupi.

Untuk mengatasi punca badan cepat letih kerana kurang tidur, buatlah prioriti waktu tidur dan jadual teratur untuk tidur. Selain itu, jangan lupa jauhi segala macam gajet ketika hendak tidur kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan gangguan tidur.




2. Mengalami Masalah Sleep Apnea
Sleep apnea ada kaitan dengan penyakit yang ada di dalam badan kita, seperti penyakit jantung, darah tinggi,diabetis,strok dan beberapa penyakit lain yang membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit.

Sleep Apnea adalah gangguan tidur yang ditandai dengan kesukaran bernafas dan terjadi secara berulang-ulang. Disebabkan gangguan ini kualiti tidur akan jadi menurun.




3. Depresi

Depresi atau tekanan boleh menjadi salah satu masalah yang akan membuatkan fizikal kita menjadi lebih cepat lemah dan letih.Malahan, disebabkan depresi juga kita akan berhadapan dengan masalah sakit kepala dan hilang nafsu makan.




4. Kurang Darah (Anemia)

Kurang darah atau anemia boleh menjadi punca badan cepat letih terutama bagi kaum wanita.

Sepanjang tempoh pengeluaran darah haid boleh menyebabkan kita kekurangan zat besi. Sel-sel darah merah sangat diperlukan tubuh kerana ia membawa oksigen ke jaringan dan organ.




5. Kurang Energi

Kurang makan dan makan makanan yang salah juga boleh menjadipunca badan cepat letih. Diet yang seimbang dapat membantu menjaga kadar gula darah anda dalam tahap normal dan mencegah rasa letih ketika gula darah anda menurun.




6. Hypothyroidism

Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher kita. Organ ini berfungi untuk mengendalikan metabolisme tubuh serta mengatur kepantasan tubuh mengubah makanan menjadi energi.

Ketika kelenjar ini tidak berfungsi dengan baik membuatkan fungsi-fungsi metabolisme dalam tubuh bergerak perlahan atau lambat, kita mungkin akan berasa lemah dan letih.




7. Efek Kafein

Kredit: worldnow

Pengambilan kafein dalam jumlah yang berlebihan boleh menjadi punca badan cepat letih. Kafein yang diambil secara berlebihan boleh meningkatkan denyutan jantung, tekanan darah serta kekejangan.

Comments

Popular posts from this blog

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk