Kesan 5 Jenis Rempah-ratus Yang Mampu Mencegah Sel-sel Kanser Daripada Terus Merebak



BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER:

KUNYIT


Kunyit mengandungi antioksidan iaitu curcumin. Ia dikatakan mampu mencegah penyebaran sel kanser ke seluruh badan.

Khasiat kunyit sebagai pencegah dan penawar beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kulit, kanser usus besar dan kanser prostat.

Selain itu, kunyit juga dikatakan mampu menjaga kesihatan hati dan meningkatkan pengeluaran bilirubin oleh kelenjar hempedu.

Ia baik untuk mencegah batu hempedu. Di samping itu, kunyit juga baik untuk kesihatan jantung kerana dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.


HALIA


Halia adalah antara rempah ratus yang biasa digunakan sebagai bahan masakan, minuman dan ubat-ubatan. Halia mengandungi vitamin A, B, C,E ,magnesium, fostor, sodium, kalsium, zink, beta karoten dan antioksidan yang mampu membantu mencegah sel kanser.
Selain memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser usus besar, halia dapat membantu mencegah kanser jenis lain seperti kanser paru-paru, pankreas, prostat dan kanser payudara.

OREGANO


Oregano merupakan salah satu di antara rempah ratus yang dapat membantu melawan kanser. Oregano sangat efektif mengawal sistem hormon dan enzim. Ia membantu memperbaiki sistem penghadaman dan metabolisme.

Oregano juga adalah anti biotik semulajadi dan anti inflamasi sehingga menekan kerosakan sel yang terjadi kerana infeksi dan peradangan.

Kaya dengan antioksidan, oregano membantu memperlambatkan penyebaran kanser dan membunuh sel-selnya. 

CILI PADI


Ternyata cili padi mengandungi beta karoten dan capsiacin yang menjadi racun bagi sel-sel kanser. Perkara ini juga membantu mencegah pertumbuhan sel kanser.

Pedas dan panas pada cili pada dikatakan dapat secara efektif membunuh sel kanser tanpa merosakkan sel sihat yang lain.

Banyak zat-zat penting terdapat pada cili padi, termasuklah melindungi badan dari serangan beberapa penyakit, cuma jangan berlebihan memakannya. Nanti lain pula jadinya! 

LADA HITAM


Lada hitam adalah salah satu rempah ratus yang mempunyai rasa dan bau yang kuat. Lada hitam dikatakan mampu mencegah perkembangan tumor kanser payduara.

Selain kanser payudara, risiko kanser usus besar dan kanser kulit juga boleh dikurangkan dengan pengambilan lada hitam.

Piperin yang terdapat dalam lada hitam mencegah kanser. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin CA, flavonoid, karoten dan antioksidan yang mampu mencegah radikal bebas yang merosakkan kesihatan.


Itulah beberapa jenis rempah ratus ajaib yang dikatakan mampu mencegah kanser. Selain jangan lupa menikmatinya supaya badan kita selalu sihat dan segar, jangan lupa juga untuk bersenam secara teratur.

Comments

Popular posts from this blog

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk