KNOW YOUR PERSONALITY - BERDASARKAN CARA PEMAKAIAN BAG

Personaliti kita ni berbeza-beza. Seorang manusia mempunyai pelbagai personaliti dalam satu masa. Ada yang jenis timid (menepati masa) ada yang kelakar, ada yang selalu serious & ada jugak yang introverted (pendiam)

Cara nak kenali personaliti anda?

Hm, ada banyak caranya. Yang paling mudah try test-test online. Senang je, google kan ada. Just type 'personality test' & pamm! Result- banyak gilerr test-test online yang anda boleh cuba! 

Tapi harini, kita akan buat personality test yang special sikit. Hehehe. Tak payah nak google 'personality test' kita akan buat anda kenali diri anda dengan lebih dalam dengan cara pemakian bag korang jerr. Ha, lain daripada yang lain kan?? Ye, cara pakai bag yang korang beli & pilih tu pun boleh ada maksud tersirat. Huhu. 

What your bag says about you!

#1 Sangkut Pada Bahu 


Anda seorang yang tidak terburu-buru & sentiasa peka tentang perkara yang berlaku di sekeliling anda. Anda lebih mementingkan tentang keselesaan sebelum yang lain. Anda seorang yang peramah juga lebih senang bergaul. Selalu mementingkan pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. 

#2 Sangkut Pada Siku



Anda seorang yang sangat mementingkan kerjaya/pelajaran. Anda sering boros apabila berbelanja. Anda lebih mementingkan pendapat anda daripada orang lain. Anda kuat menghadapi cabaran & pendirian anda adalah tetap. Oleh itu, anda akan berusaha sedaya upaya untuk mengejar perkara yang anda mahu kecapi. Optimis dalam masa yang sama, tegas.


#3 SLING BAG


Anda seorang yang ceria & kelakar. Orang sering berasa selesa apabila bersama anda. Anda tidak suka apabila ada perbalahan & anda suka mendengar pendapat orang lain. Anda berfikiran positif dan mudah menghulurkan bantuan. Pendirian anda sering berubah-ubah & anda terbuka untuk menerima apa jua teguran daripada orang lain. 


#4 DALAM GENGGAMAN TANGAN (HANDBAG)

Anda seorang yang berfikiran optimis. Sentiasa menepati masa & tidak suka masa dilenggahkan. Anda bukan seorang yang peramah & anda hanya berborak apabila perlu. Anda up-to-date dengan dunia fesyen & gemar membeli belah. Kreatif apabila mahu mendapatkan sesuatu. Anda sukakan persaingan adakalanya kata-kata anda boleh menyakiti orang lain. 


#5 MENGGALAS BAG 

Anda seorang yang lasak & sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Mudah berasa bosan & sering berjalan-jalan. Selalu memberi idea yang kreatif. Anda seorang yang berjimat-cermat dalam masa yang sama sangat pandai menguruskan kelengkapan diri sendiri. Anda sentiasa berhati-hati dan was-was terhadap perkara yang berlaku di sekeliling anda. Anda gemarkan cabaran & penyabar.
.
.
.
.
.
.
Ha! Sekarang korang dah tau kan personality korang semua? So.... 






Hehehe. Kalau korang nak tau bag apa yang sesuai dengan personaliti korang pulak kan, korang boleh try test online di sini .

Comments

Popular posts from this blog

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk