Posts

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk

Image
Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering Rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit . Bukannya makanan punca penyakit. Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan quercetin galangin. Selain itu, lengkuas juga mengandungi anti-inflamasi dan anti-oksidan yang dapat mengurangi risiko peradangan tertentu. Pakar dari Korea telah mendapati bahawa zat yang terkandung dalam lengkuas mampu menghapuskan oksida nitrat (NO) dan penghasilan lipopolisakarida (LPS). Jadikan lengkuas sebagai tanaman wajib dii rumah. MANFAAT LENGKUAS TERHADAP KESIHATAN 1. Memberikan rasa selesa di perut Lengkuas d

IKEA Tebrau, Johor Akan Mula Beroperasi Pada 16 November

Image
Gedung IKEA Tebrau, Johor Bahru secara rasminya telah diumumkan akan mula beroperasi pada 16 November 2017 . Menurut Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara Mike King, gedung IKEA di Tebrau ini merupakan gedung IKEA yang pertama di buka di Selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan gedung IKEA yang terbesar di Asia Tenggara. IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi dan memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah. Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweaden ditawarkan pada harga yang berpatutan. Lebih menarik, gedung IKEA Tebrau ini mampu memuatkan sehingga 750 pelanggan dalam satu-satu masa dan tersedia dengan lebih daripada 1,700 parkir serta stesen mengecas kereta elektrik. Kepada pelanggan yang ingin datang ke sini, IKEA Tebrau boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru. SUMBER   HMETRO

Panduan Legakan Rasa Marah

Image
  Tarik Nafas Dalam-Dalam - setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.  Mengingatkan Diri Anda Sendiri - seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif.  Fikirkan Sesuatu Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira - sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya.

Senarai Destinasi Percutian Menarik di Malaysia

Image
Di Malaysia ni sememangnya terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Dari Perlis ke Sabah terlalu banyak tempat yang boleh dikunjungi tanpa memerlukan kos atau bajet yang terlalu tinggi. Namun untuk keselesaan bersama keluarga bajet juga memainkan peranan yang penting. Tidak perlu terlalu tinggi bajet yang perlu cuma cukuplah perancangan yang berkesan mampu untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Disini Cikyang kongsikan beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang cuti musim sekolah nanti di seluruh Malaysia. Apa yang pasti tempat yang di cadangkan semestinya selamat dan sangat sesuai untuk musim cuti sekolah. Tempat Menarik di Kuala Lumpur KLCC KL Tower I-City shah alam Aquaria KLCC Kg kelip-kelip Sunway lagoon Mine wonderland Wet world Sungai Gabai, Hulu Langat Gold Coast Morib Resort Golden Palm Tree Resort Tempat Menarik di Sarawak Kuching Kampung Budaya Sarawak Sri Aman-Pesta Benak Gua Niah Miri Taman Negara Bako Jong Crocod

Pneumonia pembunuh senyap kanak-kanak.

Image
Siapa sangka penyakit Pneumonia yang bermula hanya dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, merupakan pembunuh nombor satu bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Malah jumlah kematian kian hari semakin meningkat di negara ini akibat sikap ibu bapa yang selalu memandang ringan tentang penyakit ini. Ramai ibu bapa terutamanya yang baru sahaja bergelar ibu bapa menyangka bahawa ia adalah penyakit biasa seperti selsema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta demam yang dibeli di farmasi. Apabila keadaan tidak bertambah baik, baru mereka mendapatkan rawatan daripada doktor. Ada juga segelintir ibu bapa yang sangat taksub dengan natural remedies sehingga enggan berjumpa dengan doktor walaupun keadaan anak yang semakin teruk. Tanda-tanda serangan Pneumonia Pneumonia adalah istilah umum untuk jangkitan paru-paru yang boleh disebabkan oleh jangkitan pelbagai kuman (virus, bakteria, kulat, dan parasit). Kebanyakan kes, walaupun, adalah disebabkan oleh virus, termasuk adenoviruses, r

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

Image
Dapat berehat seketika di suasana berbeza pada hujung minggu adakala dapat membantu kita kembali bersemangat memulakan hari baru. Lokasi ini juga sesuai dijadikan week end getaway bagi sama ada bagi pengantin baru, mahupun pengantin yang masih rasa baru. 1. The Waterway Villa Bentong – Hanya 50 minit dari Kuala Lumpur. Lari sebentar dari kesibukan kota di villa ini. Bayangkan pagi anda disambut dengan kicauan burung dan suasana alam yang damai. Harga: Dari RM350 Alamat: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang Tempah di sini. 2. Regalia Suites Kuala Lumpur Week end getaway paling mudah bagi yang ingin sekadar lepak, shopping dan habiskan hujung minggu berdua tanpa perlu keluar jauh. Atau bagi yang tinggal di luar kota dan ingin nikmati gaya hidup urban buat seketika. Harga: Dari RM250 per malam Alamat: Regalia Suits & Residences No. 2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur Tempah di sini. 3. Kondominium Kg Baru Dekat dengan segala

5 Aspek 'Design Thinking' Dalam Membawakan Kejayaan Sesebuah Bisnes

Image
Sebagai usahawan atau pengurus dalam sebuah organisasi atau syarikat, pernahkah anda mengalami masalah dalam merancang perjalanan bisnes anda? Baik dari segi dalaman mahupun luaran syarikat. Apa yang anda lalui ini bukanlah sesuatu yang pelik. Malah ramai yang bersetuju masalah-masalah adalah sebahagian dalam proses perkembangan sesebuah syarikat. Dalam pada itu, masalah-masalah ini mungkin lebih mudah sekiranya anda mengamalkan konsep  design thinking . Konsep yang mula diperkenalkan hampir empat dekad lalu nampaknya masih releven sehingga kini.  Design thinking  terbukti berjaya buat syarikat-syarikat gergasi seperti Apple,  IBM , Infosys dan Fidelity mencapai keuntungan dan produktiviti staf yang berganda. Apakah yang dimaksudkan dengan  design thinking ? Secara ringkasnya  design thinking  merujuk kepada cara pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Disaat masih banyak syarikat menjadikan  postmortem  sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah, kaedah de