Panduan Legakan Rasa Marah
Tarik Nafas Dalam-Dalam - setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal. Mengingatkan Diri Anda Sendiri - seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif. Fikirkan Sesuatu Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira - sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya.